Kami Memahami Masalah Kulit Anda.

Jenis dan masalah kulit adalah berbeza antara individu. Kami mempunyai rawatan penjagaan kulit yang sesuai dan berkesan untuk anda.

< kembali ke MASALAH KULIT

TIPS PENJAGAAN KULIT


1
MENGEKALKAN KADAR HIDRASI BADAN Ini merupakan langkah yang paling penting dalam segala tip kecantikan kulit. Air merangkumi kira-kira 65% daripada badan kita, oleh itu kurang minum air akan menghindari anda dari menpunyai kulit yang cantik. Minum 8-10 gelas air demi mengekalkan kehidratan kulit; Sentiasa membawa botol air bersama untuk mengelakkan kulit anda kekurangkan air; Cuba air kelapa muda yang lebih menyihatkan berbanding air karbonat yang akan menyebabkan pengumpulan toxin dalam badan dan pertumbuhan jerawat.
2
PENGAMBILAN NUTRISI YANG SEIMBANG Amalan pemakanan yang mengutamakan makanan yang mengandungi acid lemak omega dan anti-oksida, patut diamalkan. Tingkatkan pengambilan pulpa dan buah-buahan segar seperti oren dan tembikai. Di samping itu, sayur-sayuran dapat membantu mengekalkan keserian kulit anda.
3
RUTIN PENJAGAAN KULIT Ikut rutin penjagaan kulit yang termasuk langkah pembersihan, penegangan dan pelembapan. Langkah pembersihan menyingkirkan kotoran, penegangan menguruskan masalah liang-liang roma, dan langkah pelembapan adalah sangat penting untuk mengekalkan tekstur kulit.
4
ELAKKAN MATAHARI Lindungi kulit dari sinaran matahari dengan losyen pelindung matahari. Langkah ini akan menghindari kedutan awal dan kanser kulit. Gunakan losyen pelindung matahari yang mengandungi kadar SPF tinggi. Sapukan losyen pelindung matahari beberapa kali, jika perlu. Di samping itu, gunakan alat solekan yang mengandungi SPF.
5
REHAT SECUKUPNYA Dapatkan rehat yang secukupnya. Jika minda dan badan anda penat disebabkan rehat yang tidak cukup, kulit anda akan menanggung padahnya. Tidur merupakan penawar terbaik untuk menyembuhkan kulit yang pudar dan tidak bermaya.
6
PELEMBAPAN Menggunakan pelembab yang baik akan merangsangkan pembaharuan sel kulit. Pada waktu malam, krim pelembab yang pekat akan mewujudkan keajaiban pada kulit. Penggunaan gel mata untuk melegakan kulit di bawah mata.
7
ELAKKAN SULFAT Bahan Sulfat banyak terdapat dalam pembersih muka dan sabun di pasaran akan menanggalkan minyak asal pada permukaan kulit, menjadikan kulit kering, mengelupas dan gatal. Gunakan produk yang tidak mengandungi paraben, sulfat dan silikon.
8
HENTIKAN MEROKOK Merokok akan menyebabkan kedutan, pigmentasi dan keadaan kulit yang kusam. Pencemaran alam sekitar sudah semakin teruk hingga mempengaruhi keadaan kulit anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, anda tidak perlu menyusahkan lagi kulit anda.
9
MENJAGA KESIHATAN Senaman yang kerap membina badan yang sihat dan kulit yang cantik. Yoga, meditasi, dan bernafas dalam boleh melegakan saraf-saraf anda. Tekanan merupakan musuh utama kepada kulit yang cantik.
10
DAPATKAN BANTUAN JIKA PERLU Jumpalah pakar kulit untuk mengetahui masalah kulit anda. Ubat-ubat dibeli sendiri mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah kulit anda dengan efektif.
IKUTI KAMI DI   Facebook twitter youtube | BORANG MAKLUM BALAS