Kami Memahami Masalah Kulit Anda.

Jenis dan masalah kulit adalah berbeza antara individu. Kami mempunyai rawatan penjagaan kulit yang sesuai dan berkesan untuk anda.

9 MASALAH KULIT BIASA


1
JERAWAT / AKNE Jerawat merupakan isu yang paling membimbangkan tidak kira peringkat umur. Punca utama masalah jerawat disebabkan rangsangan hormone yang mengakibatkan penghasilan sebum yang berlebihan. Sebum yang berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan kuman dan menyebabkan liang pori kulit tersumbat. Akibat: Kemerahan, tanda perang, kulit sensitif, ton kulit tak sekata, parut
2
PARUT Parut boleh berlaku atas pelbagai sebab. Salah satu sebab adalah luka atau kecederaan terjadi pada kulit semasa kulit dalam proses pemulihan. Parut jerawat pada muka adalah disebabkan oleh masalah jerawat yang tidak dirawat pada peringkat awal. Berikutan masalah jerawat, apabila kulit sedang memulih, perubahan warna akan berlaku lalu meninggalkan tanda atau parut pada kulit.Akibat: Parut selamanya, kulit berlekuk-lekuk, tanda hitam
3
KULIT KERING & SENSITIF Apabila kulit menjadi kering, ia adalah lebih sensitif terhadap rangsangan luaran. Akibatnya, lipid pada permukaan kulit tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Rangsangan dan perengsa luaran akan menembusi jauh ke dalam kulit dan menyebabkan kulit menjadi semakin lemah dan mudah mengelupas.Akibat: Kulit berbelak-belak, keradangan dan sakit disentuh
4
OIL SEEDS / MILIA Milia / Oil Seed berlaku pada lelaki dan perempuan, terutamanya orang yang merokok atau tidur lewat. Selain itu, penggunaan produk kecantikan berasaskan minyak, seperti pelembap dan krim mata yang kerap juga boleh menyebabkan pertumbuhan Milia / Oil Seed.Akibat: Kelihatan hodoh kerana kulit yang berbiji-biji, parut kerana pengekstrakan yang tidak mahir
5
KULIT BERMINYAK Biasanya, kulit jenis berminyak mempunyai liang pori yang besar, mudah berjerawat dan bintik hitam mudah terjadi. Ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu aktif dan menghasilkan sebum yang berlebihan. Maka, liang pori kulit menjadi besar dan mudah tersumbat. Akibat: Jerawat, bintik hitam, liang pori yang besar, jangkitan kulat
6
TON KULIT TAK SEKATA Ton kulit tak sekata merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh penduduk di Malaysia. Kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Kekurangan tidur, tekanan, pengurangan kolagen dan tabiat penjagaan kulit yang tidak baik adalah faktor utama yang menyebabkan ton kulit tak sekata.Akibat: Kelihatan letih & tidak berseri
7
JERAGAT / PIGMENTASI Jeragat mempunyai pelbagai jenis: bercak-bercak hitam, bintik usia, tompok penuaan. Kesemuanya akan menyebabkan ton kulit kelihatan tidak sekata. Punca masalah jeragat adalah kerana penghasilan melanin yang berlebihan akibat pendedahan sinaran UV yang keterlaluan dan merosakkan kulit. Akibat: Ton kulit tak sekata, tompok-tompok penuaan
8
PENUAAN KULIT / KULIT KENDUR / GARISAN HALUS / KEDUTAN Penuaan menyebabkan kulit kita menjadi semakin nipis dan kering. Salah satu faktor yang menyebabkan garisan halus dan kedutan terjadi adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran UV berbahaya untuk tempoh masa yang panjang. Akibat: Kehilangan keanjalan, kulit kendur, kusam dan nampak tua.
9
LINGKARAN HITAM PADA MATA Lingkaram hitam pada mata disebakan oleh hiperpigmentasi, akibat menggosok mata dengan kerap, pendedahan kepada cahaya matahari atau genetik. Alkohol juga boleh menyebabkan lingkaran hitam pada mata terjadi.Akibat: Dikenali sebagai “Mata Panda” kerana lingkaran hitam di sekitar mata

 

Ketahui tips penjagaan kulit untuk memelihara kesihatan kulit anda.

Dari penjagaan kulit kering ke pengambilan nutrisi yang seimbang, imbaslah tips penjagaan kulit kami untuk membantu anda ke arah pemeliharaan kulit yang berkesan.

TIPS PENJAGAAN KULIT

IKUTI KAMI DI   Facebook twitter youtube | BORANG MAKLUM BALAS