NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis ini dikeluarkan kepada semua pelanggan kami yang dihargai menurut dan demi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1. Data peribadi termasuk data peribadi sensitif diproses oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, NRIC, kenalan, alamat, alamat e-mel, maklumat kad kredit, keadaan kesihatan dan maklumat lain bagi tujuan yang berikut:-

(a) untuk menghubungi anda;
(b) untuk menilai kesesuaian anda untuk menjalani servis kami;
(c) untuk menjejaki progres rawatan anda sepanjang penglibatan anda dalam servis kami;
(d) untuk memahami keperluan anda dan mencadangkan servis/rawatan yang sesuai dan menjejaki lawatan rawatan;
(e) untuk memberitahu anda mengenai kemas kini berita terkini, promosi, aktiviti dan maklumat berkaitan dengan produk dan servis;
(f) untuk tujuan pentadbiran dalaman dan
(g) tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan mana-mana di atas.
(seterusnya dirujuk sebagai "Tujuan")

2. Jika anda menghubungi kami, kami juga akan menyimpan rekod. Semasa rundingan atau memberikan servis kepada anda, maklumat anda seperti imej, hasil rawatan dan butir-butir lawatan juga akan dikumpulkan dan direkodkan.

3. Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa ia adalah perlu bagi kami memproses data peribadi anda untuk Tujuan di atas.

4. Jika anda gagal membekalkan kepada kami data peribadi di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan di atas.

5. Maklumat peribadi anda telah diambil, atau akan diambil pada masa akan datang, daripada maklumat yang anda berikan kepada kami dalam Borang Pengakuan Pakej, Kad Perundingan Pelanggan dan dokumen-dokumen lain.

6. Pendedahan hanya akan dibuat kepada pegawai, pekerja, ejen, dan/atau wakil, dan juga syarikat-syarikat berkaitan dengan kami, khusus untuk Tujuan di atas dan atas dasar "perlu tahu" dan demi mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau keperluan undang-undang lain.

7. Kami berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan dan/atau proses adalah secara tepat digambarkan dalam sistem kami mengikut maklumat yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan data peribadi bergantung sebahagian besar kepada maklumat yang anda bekalkan.

8. Anda boleh pada bila-bila masa minta akses kepada, membuat pindaan kepada dan/atau mendapatkan salinan data peribadi anda yang disimpan di dalam rekod kami. Untuk melaksanakan hak-hak anda, sila e-mel Pegawai Perlindungan Data kami di feedback@newyorkskinsolutions.com.my. Kami akan berusaha untuk bertindak balas kepada permintaan anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima permintaan anda di mana mungkin, tetapi kami akan mengenakan bayaran yang munasabah untuk berbuat demikian. Apabila menerima permintaan tersebut daripada anda, kami mungkin meminta anda untuk membekalkan maklumat peribadi untuk mengesahkan identiti anda.

9. Dengan berkomunikasi dengan kami, dengan menggunakan servis kami dan membeli produk dari kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi anda oleh kami seperti yang dinyatakan di dalam Notis ini.

10. Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman web kami. Dengan terus berkomunikasi dengan kami, terus menggunakan servis kami, dan terus membeli produk dari kami selepas pengubahsuaian, pembaharuan atau pindaan kepada Notis ini, tindakan itu menandakan anda menerima apa-apa ubahsuaian, pembaharuan atau pindaan kepada Notis ini.

11. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

IKUTI KAMI DI   Facebook twitter youtube | BORANG MAKLUM BALAS