Soalan-soalan Lazim.

< kembali ke PERKHIDMATAN

SOALAN-SOALAN LAZIM


Apakah jenis kulit anda?

Terdapat 3 kategori kulit, iaitu berminyak, normal dan kering. Anda dapat menentukan kategori kulit anda dengan memeriksa kulit anda 30 minit selepas anda mencuci muka. Jika kulit anda hilang ketegangannya selepas 30 minit, kulit anda dalam kategori normal. Kulit dalam kategori berminyak akan hilang ketegangannya dalam masa 20 minit manakala kulit kategori kering akan hilang ketegangan dalam masa 40 minit. Ciri-ciri kulit normal ialah tekstur yang sederhana dan tidak sensitive; kulit berminyak mempunyai liang kulit yang besar dan merembes minyak yang banyak dengan kerap; kulit kering pula mempunyai liang kulit yang jelas mudah berkedut dan sensitive terhadap rangsangan luar.

Bagaimanakah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari?

Untuk mengelakkan kulit anda terjejas akibat sinaran matahari yang terik, anda perlu mengguna produk pelindung matahari yang sesuai, rajin membawa payung atau topi untuk menlindungi kulit anda. Sinaran ultraungu bukan sahaja akan menjejaskan keserian kulit malah akan mempercepatkan proses penuaan kulit.

Apakah kebaikan urut muka?

Urut muka bukan sahaja merangsangkan peredaran darah dan penyerapan nutrient, mengurut juga dapat melegakan kulit. Ramai yang mempunyai anggapan bahawa mengurut akan menyebabkan kedutan kulit. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya kulit diurut oleh pakar kulit dengan cara yang betul. Peredaran yang lancar selepas diurut akan meningkatkan penghasilan kolagen dalan kulit dan melambatkan penuaan kulit.

Terdapat bintik-bintik gelap di sekitar mata saya. Adakah ini berkaitan dengan duduk di depan komputer selama 8 jam?

Cacat cela yang gelap di sekitar mata ialah pigmentasi yang terbentuk akibat sinaran ultraungu atau radiasi. Radiasi dari komputer boleh menyebabkan habuk terkumpul pada kulit. Jika kulit anda tidak dibersihkan sepenuhnya, kulit akan menjadi gelap dan pigmentasi akan terbentuk. Selain itu, mata yang lesu akibat asyik menghadap computer juga akan mengakibatkan peredaran darah yang tidak lancar dan bergumpal di bawah mata. Rawatan pemutihan New York Skin Solutions dapat menangani masalah ini dengan penggunaan mask mata bersuhu tinggi diikuti dengan mask muka bersuhu rendah untik menlancarkan peredaran darah di bawah mata.

Kenapakah remaja lebih mudah tumbuh jerawat?

Semasa fasa remaja, kelenjar ovari dan adrenal adalah paling aktif. Androgen dalam tubuh bertambah dan menyebabkan kelenjar minyak merembeskan minyak yang banyak. Apabila ini berlaku, rembesan adalah tidak licin dan kebanyakannya akan termendap di dalam liang roma. Liang roma akan menjadi keratin. Sel pada lapisan atasan akan mula mengelupas dan bercampur dengan minyak. Minyak akan tersumbat di dalam liang roma dan membentuk jerawat. Selain itu, ketakcernaan, sembelit, makanan berminyak, berlemak atau manis, ramuan dalam produk mekap yang merengsakan kulit akan menyebabkan jerawat bertambah teruk dan banyak. Pastikan anda menjaga kulit anda setiap hari. Rawatilah kulit anda sementara anda masih muda supaya masalah penuaan pramasa dan masalah-masalah kulit lain anda yang bermasalah (seperti pigmentasi) dapat dielakkan apabila umur anda semakin meningkat.

Benarkah kulit yang selalu dirawat di salon sejak muda akan kehilangan keupayaan semula jadinya untuk pulih dan menjadi nipis serta lemah?

Penjagaan kulit adalah penting dalam mengekalkan wajah yang berseri selalu. Penjagaan kulit tidak akan menipiskan atau melemahkan kulit seperti yang dianggap oleh ramai. Nasihat dan rawatan pakar diperlukan apabila munculnya masalah kulit. Dengan itu, barulah anda boleh mendapat nasihat dan rawatan yang khusus dan berkean untuk menangani masalah kulit anda.

Selain itu, dengan nasihat penjagaan kulit daripada pakar, kulit juga dapat mengekalkan keadaan terbaiknya dan penuaan dapat dicegahkan. Rawatan New York Skin Solutions terdiri daripada rawatan yang berasakan teknologi penjagaan kulit yang terkini serta pengetahuan dan pengalaman pakar perunding kulit kami. Rawatan kami bukan sahaja menyelesaikan masalah kulit anda, malah memelihara ketegangan dan kesihatan kulit untuk menguatkan daya ketahanan kulit terhadap unsur-unsur luaran yang akan menjejaskan kulit.

Berapakah umur yang sesuai untuk mengunjungi pakar penjagaan kulit yang profesional?

Masalah kulit haruslah menerima rawatan yang sewajarnya tidak kira berada di mana-mana golongan umur. Jerawat dan penuaan kulit tidak kenal usia. Penuaan kulit akan bermula seawal umur 25 tahun lagi. Daripada meneka dan mencuba pelbagai produk yang mungkin tidak sesuai atau berkesan terhadap masalah kulit, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar.

Adakah lelaki memerlukan penjagaan kulit?

Penjagaan kulit memang wajib tidak kira kepada wanita ataupun lelaki. Kaum lelaki juga perlu sedar terhadap keadaan kulit dan mendapatkan rawatan sekiranya mendapati masalah kulit. Kulit lelaki lebih berminyak berbanding daripada wanita kerana mereka mempunyai liang kulit yang lebih besar. Selain itu,kaum lelaki juga lebih terdedah kepada risiko pigmentasi dan kulit mereka lebih kasar berbanding kaum wanita. Rembesan minyak yang banyak akan mengakibatkanpertumbuhan jerawat dan keradangan. Oleh itu, rawatan kulit kaum lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita.

Bagaimanakah mengelakkan parut jerawat?

Bukan semua jerawat akan mengakibatkan parut. Apabila jerawat pudar, jerawat akan meninggalkan tanda pigmen sementara yang juga akan pudar dalam suatu tempoh. Dalam kes-kes yang serius, sebahagian daripada jerawat yang mengalami keradangan dan tertanam di dalam serta yang tidak mendapat rawatan segera boleh mengakibatkan parut.

Sebaik sahaja jerawat yang bermasalah tumbuh, dapatkan bantuan pakar penjagaan kulit yang profesional. Jangan cuba menyelesaikannya sendiri. Mereka akan merawatinya mengikut keadaan kulit dan masalah anda. Masalah kulit anda akan dapat diatasi tanpa sebarang parut. Jika parut sudah lama muncul, pakar penjagaan kulit yang profesional akan membantu anda memudarkannya. Oleh itu, bantuan segera adalah penting untuk menangani masalah parut.

Kulit saya semakin gatal dan merah. Kulit saya juga terasa seperti dicucuk apabila saya memakai mekap. Apakah yang perlu saya buat?

Ramai wanita yang berkulit kering dan sensitif akan mengalami ketidakselesaan semasa mereka memakai mekap. Ini kerana kulit mereka memerlukan kuantiti lembapan dan nutrien yang banyak. Kulit juga perlu menebalkan bahagian dasarnya untuk menguatkan daya ketahanan terhadap bahaya alam sekitar serta bahan pencemar luaran. Selain kekeringan, ketidakselesaan, pertumbuhan bintik-bintik merah yang kecil merupakan kes-kes serius kulit sensitif. Apabila menjalani rawatan, ekstrak tumbuhan semula jadi adalah paling ideal dalam membantu menambahkan lembapan yang diperlukan dan nutrien untuk memperbaiki keanjalan kulit.

Untuk menangani masalah kulit sensitif, dapatkan rawatan pakar penjagaan kulit yang profesional. Anda akan mengikuti rawatan lapisan mendalam. Jangan mendapatkan rawatan secara melulu kerana ini mungkin menjadikan masalah anda lebih teruk.

IKUTI KAMI DI   Facebook twitter youtube | BORANG MAKLUM BALAS