Hasil adalah segalanya di New York Skin Solutions.

Kami berazam untuk memberikan hasil rawatan kulit dan kepuasan yang terbaik kepada setiap pelanggan.

MENGENAI KAMI

New York Skin Solutions adalah jenama penjagaan kulit premium dari Amerika Syarikat, khusus dalam menyediakan penyelesaian yang meliputi rawatan serta pemeliharaan kulit kepada mereka yang mempunyai masalah kulit. 

Sejak penubuhan pada tahun 2004, New York Skin Solutions telah berjaya membantu ramai individu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit secara berkesan melalui rawatan oleh pakar-pakar kulit yang profesional. Dengan lebih kurang 30 cawangan di Malaysia dan Singapura, New York Skin Solutions berharap memberikan anda rawatan penjagaan kulit dan hasil yang terbaik seiring perkhidmatan dan kemudahan yang memuaskan.

Marilah mulakan perjalanan memulihkan kesihatan kulit anda dan mengembalikan keyakinan anda dengan New York Skin Solutions sekarang!

 

MISI DAN VISI

Di New York Skin Solutions, kami menawarkan lebih daripada sekadar rawatan. Kami ingin anda rasa dialu-alukan, dijaga dengan baik dan dikenang selalu. Matlamat kami adalah mendidik dan melengkapkan setiap wanita dan lelaki dengan ilmu jagaan kesihatan kulit diri sendiri selepas mengunjungi kami.

FALSAFAH KAMI

Hasil adalah segalanya. Kami berazam untuk memberikan hasil rawatan kulit yang terbaik dan perkhidmatan yang memuaskan kepada setiap pelanggan.

 

 

PENCAPAIAN KAMI

New York Skin Solutions menjadi pilihan beribu-ribu pelanggan kerana kebolehpercayaan, perkhidmatan dan rekod prestasi yang terbukti. Rawatan kulit kami telah memenangi hati dan keyakinan ramai pelanggan dengan berjaya membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.

No. 1 Most Recommended Brand By Consumers, ,No. 1 Most Trusted Skin Care Brand By Consumers, No. 1 Most Trusted By Consumers , No. 1 Most Established Brand , No. 1 Most Recommended By Consumers , No. 1 Leading Brand In Skin Care , No. 1 Most Effective Skin Care Treatment

 

Kami mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Malaysia dan Singapura.

Kunjungi mana-mana cawangan berdekatan anda hari ini dan dapatkan analisis kulit profesional dan perundingan peribadi.

CARI CAWANGAN TERDEKAT
IKUTI KAMI DI   Facebook twitter youtube | BORANG MAKLUM BALAS